Bitget Onchain Melancarkan Peningkatan Ciri Utama untuk Memperkasakan Perdagangan yang Lebih Pintar
VICTORIA, Seychelles, June 16, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 terkemuka telah mengumumkan satu siri ciri naik taraf yang berkuasa termasuk pesanan had, TP/SL kedudukan pintar dan amaran token baharu untuk platform Onchain mereka. Semua ini bertujuan untuk memberikan pengguna lebih ketepatan, kawalan dan cerapan masa nyata dalam perdagangan onchain.
Kemas kini terkini memperkenalkan peningkatan penting dalam pelaksanaan dagangan, pengurusan risiko, penjejakan pasaran dan pengalaman pengguna. Fungsi pesanan had kini tersedia, membolehkan pedagang menetapkan harga pelaksanaan mereka sendiri dengan ketepatan dan kecekapan yang lebih tinggi. Platform Onchain juga menyokong alat ambil untung dan henti rugi pintar, membolehkan pengguna menetapkan lebih awal sasaran keuntungan atau kerugian lebih awal dan mengautomasikan pengurusan kedudukan dengan satu klik untuk dalam perdagangan. Untuk memberikan pedagang lebih fleksibiliti, tetapan gas dan gelinciran kini boleh diselaraskan merentasi pelbagai mod.
Bitget Onchain juga telah meningkatkan keterlihatan pasaran masa nyata dalam perdagangan kripto. Carta candlestick K-line kini dikemas kini secara langsung, memastikan pengguna mempunyai akses kepada data pasaran terkini selari dengan perubahan harga. Lapisan carta baharu menggabungkan data harga dengan permodalan pasaran, memberikan perspektif dua lapisan untuk membantu membuat keputusan yang lebih tepat dalam perdagangan aset digital.
Platform ini turut memperkenalkan ciri langganan token baharu yang menghantar amaran serta-merta apabila token baharu disenaraikan, membantu pengguna kekal selangkah di hadapan dalam merebut peluang baru yang muncul. Fungsi carian turut dipertingkatkan bagi menyokong pertanyaan langsung menggunakan alamat kontrak, sekali gus memudahkan pengguna mengenal pasti aset berpotensi tinggi. Selain itu, Bitget Onchain telah melancarkan ciri perkongsian baharu yang membolehkan pengguna mempamerkan kedudukan terbuka dan prestasi dagangan mereka dengan lancar merentasi platform.
“Di Bitget, kami komited untuk membina persekitaran dagangan onchain yang lancar dan pintar,” kata Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Bitget. “Dengan ciri-ciri baharu ini, pengguna memperoleh ketepatan yang lebih tinggi, automasi yang lebih baik dan keterlihatan pasaran yang lebih mendalam—semuanya penting untuk terus berada di hadapan dalam pasaran yang bergerak pantas dan membuat keputusan dagangan yang lebih bijak.”
Bitget Onchain telah dilancarkan secara rasmi pada 7 April 2025 sebagai penyelesaian dagangan onchain tanpa halangan untuk semua pengguna. Dengan menggabungkan kepantasan dan kemudahan CEX bersama akses terus kepada aset onchain, platform ini membolehkan pengguna berdagang menggunakan USDT daripada akaun spot mereka merentasi rangkaian utama seperti Solana, BNB Chain dan Base. Setakat ini, Bitget Onchain telah menyenaraikan lebih daripada 230 aset terkini, mencatatkan lebih sejuta transaksi dagangan terkumpul serta memudahkan jumlah dagangan yang melebihi $200 juta.
Dengan keselamatan bertaraf CEX dan penapisan token yang dikuasakan oleh AI, Bitget Onchain mempermudahkan, memperkukuhkan dan memperluaskan akses dagangan DeFi—terutamanya untuk pengguna baharu yang ingin merebut peluang awal dalam pasaran yang sedang berkembang.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Bitget Onchain, sila layari di sini.
Perihal Bitget
Ditubuhkan pada 2018, Bitget merupakan sebuah syarikat bursa mata wang kripto dan Web3 yang terkemuka di dunia. Memberikan perkhidmatan kepada lebih 120 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan yang lain. Bitget turut menawarkan akses masa nyata kepada harga Bitcoin, harga Ethereum dan harga mata wang kripto yang lain. Sebelum ini dikenali sebagai BitKeep, Bitget Wallet merupakan dompet kripto bukan jagaan terkemuka yang menyokong lebih daripada 130 rantai blok dan berjuta-juta token. Ia menawarkan perdagangan berbilang rantaian, pertaruhan, pembayaran dan akses terus kepada lebih daripada 20,000 DApps, dengan pertukaran termaju dan cerapan pasaran terbina dalam satu platform tunggal. Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara dunia gusti), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi menerima baik masa depan mata wang kripto.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet
Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com
Amaran Risiko: Harga aset digital mungkin turun naik dan mengalami ketidakstabilan harga yang ketara. Pelabur dinasihatkan untuk hanya memperuntukkan dana yang mereka mampu tanggung jika mengalami kerugian. Nilai sebarang pelaburan mungkin terjejas dan berkemungkinan tidak mencapai matlamat kewangan atau tidak memperoleh semula pelaburan pokok. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa diperoleh, dan pengalaman serta kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi pada masa lalu bukanlah ukuran prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa pun di sini yang boleh ditafsirkan sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Perkhidmatan kami.
Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/e0f2ea8b-9246-40f2-a7f4-0805abd9cfd5

Legal Disclaimer:
EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.
